Ditulis oleh Alleyhandra Celio anak Anis, Sukarelawan Media Sarawak Mission
Rabu, 15 Julai 2026

Seventh-day Adventist Mission of Sarawak (SAK Mission) telah berjaya menganjurkan program Penginjilan ShareHim 2026 yang berlangsung dari 3 hingga 11 Julai 2026 di bahagian Padawan, Penrissen dan Siburan. Bertemakan “Yang Diutus untuk Misi Tuhan di Bumi Kenyalang”, program penginjilan selama sembilan hari ini telah menghimpunkan para pastor tempatan, ketua-ketua gereja, anggota jemaat serta para penceramah ShareHim dari Austria yang datang dengan satu tujuan, iaitu untuk memberitakan Injil Yesus Kristus dan membawa lebih ramai jiwa mengenali-Nya.

ShareHim dari Austria telah dipimpin oleh Pr. Andrew Dymone, yang bersama-sama membimbing para penceramah sepanjang program penginjilan berlangsung. Melalui kerjasama erat antara para penceramah dari Austria dengan gereja-gereja tempatan, program ini memperlihatkan semangat perpaduan dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan Amanat Agung. Kesediaan mereka datang dari negara yang jauh untuk melayani masyarakat di Bumi Kenyalang menjadi satu kesaksian yang nyata tentang kasih kepada Tuhan dan semangat untuk menyebarkan Injil.


Siri penginjilan telah diadakan di tujuh lokasi berbeza. Di Petung/Kerumboi, program dikendalikan oleh Pr. Eric Balachandar bersama penceramah ShareHim, Pr. Daniel Oncea dan Ketua Gereja, Willie Supak. Di Menjau, program dipimpin oleh Pr. Ladin Suja bersama penceramah ShareHim, Mr. Cadmiel Oncea dan Ketua Gereja, Rodua Anak Tayo. Di Pulau Kendis/Tabuan Tabak, program dikendalikan oleh Pr. Delkenz David bersama penceramah ShareHim, Mr. Samuel Sava dan Ketua Gereja, Lannon Juray. Di Segendar/Payang, program diselaraskan oleh Puan Yvonne Suhartini Jabeng bersama penceramah ShareHim, Mrs. Elida Oncea dan Ketua Gereja, Jackson Daungkil. Di Garung/Benuk, program dipimpin oleh Pr. Terry Valten Simon bersama penceramah ShareHim, Mr. Robert Oncea dan Penatua Gereja Willie Midoi. Di Simboh/Peteg/Sikog, program dikendalikan oleh Pr. Chan Tin Loi bersama penceramah ShareHim, Mr. Julian Chirila dan Ketua Gereja, Anthony Puro. Sementara itu, di Siburan/Landeh, program dipimpin oleh Pr. Rony Latip bersama penceramah ShareHim, Mr. Rafael Carp dan Ketua Gereja, Nathaneal Chemaline.


Sepanjang sembilan hari penginjilan berlangsung, ramai penduduk setempat menghadiri siri ceramah yang disampaikan setiap malam. Melalui penyembahan, pengajaran Alkitab dan perkongsian firman Tuhan, para hadirin didorong untuk lebih mengenali kasih Tuhan, menerima keselamatan melalui Yesus Kristus dan mempersiapkan diri bagi kedatangan-Nya yang kedua kali. Atas kasih karunia Tuhan, seramai 39 orang telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hidup mereka kepada Yesus Kristus melalui upacara baptisan. Sukacita ini menjadi bukti bahawa Tuhan terus bekerja melalui pelayanan umat-Nya untuk membawa lebih ramai jiwa kepada-Nya.Sepanjang sembilan hari penginjilan berlangsung, ramai penduduk setempat menghadiri siri ceramah yang disampaikan setiap malam. Melalui penyembahan, pengajaran Alkitab dan perkongsian firman Tuhan, para hadirin didorong untuk lebih mengenali kasih Tuhan, menerima keselamatan melalui Yesus Kristus dan mempersiapkan diri bagi kedatangan-Nya yang kedua kali. Atas kasih karunia Tuhan, seramai 39 orang telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hidup mereka kepada Yesus Kristus melalui upacara baptisan. Sukacita ini menjadi bukti bahawa Tuhan terus bekerja melalui pelayanan umat-Nya untuk membawa lebih ramai jiwa kepada-Nya.

Seventh-day Adventist Mission of Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pr. Andrew Dymone serta semua penceramah ShareHim dari Austria atas kesediaan dan pengorbanan mereka dalam melayani sepanjang program ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua pastor, para ketua gereja, anggota jemaat, sukarelawan dan semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan siri penginjilan ini. Kerjasama yang erat antara gereja tempatan dan pasukan ShareHim telah menjadi satu contoh yang indah tentang kesatuan dalam melaksanakan misi Tuhan.
Sebagai penutup, Penginjilan ShareHim 2026 bukan sahaja membawa kepada 39 baptisan, malah turut memperbaharui semangat penginjilan dalam kalangan anggota gereja serta mengukuhkan iman ramai orang yang hadir. Program ini mengingatkan bahawa setiap orang percaya dipanggil untuk menjadi saksi Kristus dan berkongsi khabar baik kepada dunia. Menjadi doa agar semua jiwa yang telah dibaptiskan akan terus bertumbuh dalam iman, manakala setiap gereja akan terus setia melaksanakan misi Tuhan sehingga Yesus Kristus datang kembali. Semoga nama Tuhan terus dimuliakan melalui pelayanan-Nya di Bumi Kenyalang.
Seventh-day Adventist Mission of Sarawak