Ditulis oleh Alleyhandra Celio Anak Anis, Sukarelawan Media Sarawak Mission
Rabu, 27 Mei 2026

Pada hari Sabat, 16 Mei 2026, Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Kampung Emperoh Garung telah mengadakan Upacara Pentahbisan Gereja yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Upacara yang penuh bersejarah ini dianjurkan bagi merasmikan rumah ibadah baharu sebagai lambang perkembangan pelayanan dan pertumbuhan rohani dalam kalangan umat Tuhan di kawasan tersebut. Majlis ini bukan sahaja menghimpunkan anggota gereja, malah turut dihadiri oleh para pemimpin gereja, tetamu jemputan serta masyarakat setempat yang hadir bersama-sama bagi meraikan detik yang amat bermakna ini. Berlandaskan tema “Marilah Kita Bersatu Hati Memuliakan Tuhan dan Membina Komuniti yang Beriman”, upacara ini menjadi simbol kesatuan, kasih persaudaraan dan komitmen jemaat dalam memperkukuhkan kehidupan rohani serta pelayanan kepada Tuhan.

Gereja bukan sekadar sebuah bangunan fizikal, sebaliknya merupakan rumah Tuhan dan tempat kudus di mana kehadiran-Nya dihormati serta dimuliakan. Hal ini bertepatan dengan firman Tuhan dalam Keluaran 25:8 yang menyatakan, “Dan hendaklah mereka membuat bagi-Ku sebuah tempat kudus, supaya Aku diam di tengah-tengah mereka.” Sebagai sebuah institusi rohani, gereja memainkan tiga fungsi utama dalam kehidupan umat Kristian. Pertama, gereja berfungsi sebagai tempat ibadah, iaitu tempat umat berkumpul untuk menyembah, memuji dan mendengar firman Tuhan. Kedua, gereja berperanan sebagai tempat persekutuan jemaat yang menghubungkan setiap anggota melalui kasih persaudaraan, memperkukuhkan iman serta bertumbuh bersama sebagai satu keluarga dalam Kristus. Ketiga, gereja menjadi pusat pertumbuhan rohani dan pembangunan komuniti yang berlandaskan nilai kasih, kesatuan dan pelayanan kepada Tuhan. Firman dalam Mazmur 95:6–7 turut mengingatkan setiap umat agar datang kepada Tuhan dengan hati yang rendah dan penuh penyembahan: “Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan Tuhan yang menjadikan kita. Sebab Dialah Allah kita, dan kitalah umat gembalaan-Nya dan kawanan domba tuntunan tangan-Nya.”

Majlis pentahbisan ini turut diserikan dengan acara simbolik perasmian yang menjadi kemuncak program. Upacara pemotongan riben telah disempurnakan oleh Pr. Abel Bana, Presiden Malaysia Union Mission (MAUM), sebagai tanda rasmi pembukaan rumah ibadah tersebut. Seterusnya, upacara membunyikan loceng telah disempurnakan oleh Pr. Semilee Tajau, Presiden SAK Mission, sebagai lambang permulaan kepada pelayanan dan perjalanan rohani gereja tersebut. Penganjuran majlis ini turut mendapat bimbingan dan sokongan daripada Pr. Brian Scott Padam, Setiausaha Eksekutif SAK Mission selaku penaung, serta Pr. Allen Masiar @ Peton, Pastor Daerah selaku penasihat. Jawatankuasa induk bagi majlis ini dipengerusikan oleh En. Antonian Simak, bersama En. Willie Midoi selaku Ketua Gereja 1, En. Bodos Sambo selaku Ketua Gereja 2, En. Willie Midoi dan Cik Marcella Jesua selaku setiausaha, serta En. Jeremy Endok dan En. Nangei Bahat sebagai bendahari.

Bagi memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan lancar dan teratur, pelbagai jawatankuasa telah dibentuk dengan pembahagian tugas yang sistematik. Bahagian protokol dan sambutan dikendalikan oleh En. Bodos Ak Sambo, En. Antonian Simak, En. Rangen Jamang, En. Satiam Naih, dan En. Mapu Raki. Tugas penyambut tetamu pula dikendalikan oleh Cik Valienty Rechi, Cik Fedelina Mya Graceting, Cik Felicia Graceting, bersama Jabatan Pelayanan Belia (Pathfinder). Pengacaraan majlis dikendalikan oleh Pn. Kiah Daun dan Cik Rochelle Angelynn Ak Ronald, manakala bahagian gimik dan perasmian dipertanggungjawabkan kepada Pn. Belinda Kepel, Cik Erinia Jonathan, dan Cik Velenia Rechi. Bahagian siaraya dan teknikal dikendalikan oleh En. Jesua Ak Sarim, En. Wongli Ak Sarim, dan En. Ami Ak Temis, manakala bahagian multimedia diuruskan oleh En. Jeremy Endok dan En. Macry Moore Medam. Dokumentasi serta fotografi dikendalikan oleh Cik Marcella Jesua dan En. Willie Midoi. Persembahan muzik secara langsung dipimpin oleh En. Macasian Nihei, bersama Cik Vellynie Ronem, Cik Leona Sheno, dan Pn. Jerica Nihei, dengan iringan piano oleh Cik Ezra Rangen. Bahagian potbless pula dikendalikan oleh Pn. Lynsie Namud, Pn. Valentine Midoi, serta Jabatan Pelayanan Wanita. Selain itu, pelbagai tugasan lain seperti diakon/persembahan, keselamatan dan parkir, kecemasan, peralatan kerusi dan meja, persiapan dewan makan serta koordinasi pentas telah dilaksanakan oleh En. Sitek Suut, En. Alfonso Sambur, En. Nepud Saset, En. Mino Bager, En. Ket Papoh, En. Delvern Sindom, En. Jonathan Rani, En. Andy Joe Midoi, En. Ronem Jamang, En. Muller Nudui, En. Aboylston Nepud, En. Simanis Sindom, En. Mayhanzee Medam, En. Saad Jamang, En. Avra Nangei, dan En. Amyson Ami.


Kesimpulannya, Upacara Pentahbisan Gereja Seventh-day Adventist Kampung Emperoh Garung bukan sekadar menandakan pembukaan rasmi sebuah bangunan gereja yang baharu, malah menjadi simbol penyatuan hati, semangat pelayanan dan kesungguhan umat Tuhan dalam memperkukuhkan kehidupan rohani bersama. Kejayaan majlis ini merupakan hasil kerjasama, pengorbanan dan dedikasi semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen mereka demi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Diharapkan gereja ini akan terus menjadi tempat ibadah yang diberkati, pusat pertumbuhan rohani, dan saluran berkat kepada masyarakat sekeliling agar kasih Tuhan terus disebarkan serta menjadi asas kepada pembentukan komuniti yang teguh dalam iman.
Seventh-day Adventist Sarawak Mission