Ditulis oleh Alleyhandra Celio anak Anis, Sukarelawan Media Misi Sarawak
Thursday, 25 September 2025

Tema perkhemahan tahun ini ialah “Membina Kembali Mezbah” yang mengumpulkan seramai 500 peserta daripada 40 kelab dan gereja Pathfinder seluruh Sarawak.
Perkhemahan Pathfinder Sarawak 2025 telah diadakan pada 17 hingga 21 September 2025 bertempat di Kampung Rayang, Serian. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia Sarawak Mission. Tema perkhemahan tahun ini ialah “Membina Kembali Mezbah” yang mengumpulkan seramai 500 peserta daripada 40 kelab dan gereja Pathfinder seluruh Sarawak. Penceramah utama ialah MG Farrel Millard Gara dan MG Chan Tin Loi. MG Farrel menyampaikan mesej bahawa “Pemulihan berlaku apabila kita semakin dekat dengan Tuhan” serta mengingatkan bahawa Tuhan memanggil kita untuk membina kembali bangsa-Nya melalui doa, pemulihan, dan pemulihan rohani. MG Chan pula menggalakkan para belia untuk berdiri teguh dengan keputusan mereka, seperti nabi Elia yang tetap teguh di Gunung Karmel walaupun orang lain tidak bersamanya.

Majlis pembukaan perkhemahan dirasmikan oleh Encik Shimon William, Ketua Pegawai Operasi merangkap Bendahari Sarawak Unit For Other Religions Charitable Trust, mewakili Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn. Dalam ucapannya beliau menekankan, “Rebuild the Altar – Membina Kembali Mezbah Tuhan” sebagai satu komitmen bukan sahaja sepanjang perkhemahan ini tetapi juga untuk seluruh kehidupan kita. Majlis penutupan pula disempurnakan oleh Encik John Vincent Tippol yang mewakili Yang Berhormat Datuk Willie Mongin P198 Puncak Borneo. Beliau menyatakan kegembiraannya melihat golongan belia menggunakan cuti sekolah dengan tujuan yang baik iaitu menyertai perkhemahan ini untuk membina kerohanian mereka serta memperkasa diri dalam kehidupan seharian.

Sepanjang lima hari perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Para peserta dibahagikan kepada 12 kumpulan yang dinamakan sempena nama nabi-nabi iaitu Elia, Elisa, Musa, Hosea, Yesaya, Yoel, Samuel, Yehezkiel, Daniel, Yunus, Amos, dan Yeremia. Program turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional oleh kelab Pathfinder tempatan, sukan, “market day”, demonstrasi kemahiran, serta upacara rasmi pembukaan, penutupan, investiture dan lain-lain. Selain itu, terdapat 30 kelas penghormatan Pathfinder dan 6 kelas anugerah Adventurer ditawarkan. Seramai 101 Adventurer dan Pathfinder menerima pin kelas, 8 Master Guide diberikan pengiktirafan “good conduct”, 5 penerima menerima “Long service award “(bronze), seorang menerima Meritorious Service Award (Silver) , serta 30 calon Master Guide in training menamatkan kursus mereka dan secara sah menjadi Master Guide yang akan mempimpin club pathfinder di gereja masing-masing.

Kelas Honor Pathfinder dikendalikan oleh barisan pengajar yang berdedikasi. Antaranya MG Semilee (Missionary Life), MG Joggery (Family Life), MG Andrew (Preach It), MG Delkenz (Stewardship), MG Terry (Christian Storytelling), MG Ham (Temperance), MG Chan (Voice of Youth), MG Henny Nilos (Literature Evangelism), MG Willie Rojo (Artificial Intelligence), MG Eric (Social Media), MG Dave (Bookkeeping), MG Daniel Victor (Bahasa Ibrani I & II), MG Ratna (Music), MG Felicia Alvin (Christian Drama), MG Ruday (Knot Tying), MG Macklin (Ultralight Backpacking), MG Rembrant (Gift Wrapping), MG Steeve Ton & Glen Jimbai (Automobile Mechanics), MG Serlinna (Nutrition), MG Wilson & Heronny (Archery), MG Norden (Bully Prevention 1), MG Timothy Suwai (Renewable Energy), MG Dizon (Fire Safety), MG Trevony (First Aid), MG Ahdi Shukur (Camp Craft), MG Junwatson (Camp Safety), MG Jenny Moni (Cats), MG Molly (Baking), dan MG Sherena (CPR).

Bagi kelas award Adventurer, para pengajar turut menjadikan pembelajaran lebih kreatif dan menyeronokkan. Antaranya MG Randy Jabeng (Plasticine), MG Fiffy (Sand Art), MG Sheirwinn (Sponge Art), MG Rossy (Tin Can Fun), MG Raelene (Rainbow Promise), serta MG Cindy Dinges (Jesus Special Supper). Kelas ini membantu Adventurer muda belajar kemahiran baharu dengan cara kreatif sambil mendalami nilai dan pengajaran daripada Alkitab.

Secara keseluruhan, Perkhemahan Pathfinder Sarawak 2025 berjaya mencapai tujuan utamanya iaitu memperkasa belia serta menyatukan ahli gereja bersama komuniti setempat. Ia bukan sekadar perkhemahan, tetapi satu perjalanan rohani yang membentuk iman, memupuk bakat, dan menggalakkan gaya hidup yang berteraskan nilai Kristian. Melaui mesej yang disampaikan oleh penceramah, sokongan komuniti, dan dedikasi para pengajar, tema “Membina Kembali Mezbah” benar-benar terzahir sepanjang perkhemahan. Ia mengingatkan setiap peserta bahawa panggilan untuk membina semula iman dan berdiri teguh dalam Tuhan adalah satu perjalanan seumur hidup. Majlis penutupan diserikan dengan pertunjukan bunga api yang indah dan serta menjadi memori berkekalan buat semua para peserta dan AJK.
Dengan kesempatan ini, pihak Jabatan Pelayanan Belia Sarawak mission mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para AJK perkhemahan yang telah bertungkus-lumus menyediakan perkhemahan begitu juga kepada para peserta yang telah menyertai perkhemahan ini. Lebih-lebih lagi kepada JKKK Kampung Rayang serta SK Rayang yang telah membenarkan Jabatan Pelayanan Belia Sarawak Mission untuk menggunakan kemudahan kampung serta sekolah bagi tujuan perkhemahan. Tidak dilupakan juga kepada semua para penderma yang telah menyumbangkan wang tunai, hamper, makanan dan lain-lain. Sumbangan semua pihak sangat bermakna dalam melancarkan perkhemahan Pathfinder Camporee 2025. Rebuild the Altar.
Jabatan Pelayanan Belia